Selamat menjadi warga teknik penuh dengan teknikal

Monday, October 13, 2008

Good Luck...


Kepada semua warga SMT Segamat ( 5 Elektrik ) dan SMT Datuk Seri Mohd Zin ( 5 Elektrik )
selamat menjalani amali SPM, try ur best n dont give up. Ingat lah segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang 2 tahun berada di teknik. Kami guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua.

Raya Datang Lagi....

SELAMAT HARI RAYA


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua kawan2, maaf zahir dan batin. makan kuih raya ingat2 lah orang disini....
jangan lupa duit raya....

Tuesday, September 23, 2008

PRAKTIKUM




















Ini lah antara aktiviti yang telah dibuat sepanjang 2 minggu praktikum, banyak lagi gambar2 aktiviti tapi cukup lah dulu setakat ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan SK (P) Durian Daun kerana menerima kehadiran kami juga kepada beberapa orang guru yang banyak memberikan kerjasama sepanjang sesi praktikum dijalankan. Terima kasih daun keladi....

Jumaat ( 12.09.08 )

Berada di makmal komputer untuk menyediakan bahan P&P pada hari selasa. Menyediakan bahan dalam powerpoint. Masuk ke bengkel kemahiran hidup untuk mencari bahan di buat projek kemahiran hidup.
Keadaan di bengkel kemahiran hidup agak berhabuk kerana sudah lama tidak digunakan. Guru yang bertanggungjawab sedang cuti sakit hampir 1 bulan. Guru yang menggantikan hanya lebih memfokuskan pengajaran teori.
Saya membuat projek litar siri untuk divideokan dan dimuatkan dalam powerpoint saya.

Monday, September 22, 2008

Khamis ( 11/09/08 )

Ulang tahun saya yang ke 27, masuk ke makmal komputer. Mencuba peralatan yang ada di makmal seperti komputer yang boleh digunakan, lcd projektor, printer, scanner. Hanya 8 biji daripada 20 komputer boleh digunakan.
Makmal komputer juga jarang digunakan oleh pelajar dan guru berdasarkan pada buku pengguna yang disediakan pada setiap komputer. Mengambil gambar sebagai bukti. membuat percubaan menggunakan lcd projektor tapi warna sangat menyakitkan mata agak kemerah-merahan, cuba untuk setting tapi tidak berjaya. Saya melaporkan kepada guru ICT untuk tindakan selanjutnya.

Rabu ( 10/9/08 )

Sesi perbincangan bersama guru matapelajaran kemahiran hidup tahun 4, saya akan ambil alih satu kelas pada hari selasa 16/9/08 sebagai hari penyeliaan. Mengumpul bahan berkaitan matapelajaraan KH seperti sukatan dan bahan .
Masuk ke perpustakaan untuk membuat rujukan dan mengumpul bahan berkaitan profil sekolah.

Selasa ( 9/9/09 )

Cuti sakit ....

Refleksi minggu pertama ( Isnin 8/9/08 )

Hari pertama di SK(P) Durian Daun, satu suasana yang berbeza dengan sekolah sendiri. Teruja dengan keriuhan murid-murid sekolah rendah.
Perhimpunan pagi di dataran Puteri, seramai 200 lebih pelajar dan lebih kurang 20 orang guru termasuk guru pelatih. Saya diperkenalkan kepada semua murid dan guru. Selepas perhimpunan berjumpa guru besar untuk lapor diri dan berkenalan dengan beberapa orang guru.

Thursday, September 18, 2008

PRINSIP ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ( PEE )

SELAMAT DATANG KE PEE SUBJEK.

Dalam tajuk ini kita akan mempelajari 12 modul antaranya :

Modul 1 - Tenaga Elektrik, Pengalir dan Penebat
Modul 2 - Perintang, Pemuat dan Pearuh
Modul 3 - Litar Elektrik
Modul 4 - Keelektromagnetan dan Pengubah
Modul 5 - Litar AU asas
Modul 6 - Diod Separuh Pengalir
Modul 7 - Transistor Dwikutub
Modul 8 - Lain-lain Komponen Separuh Pengalir
Modul 9 - Kuasa AU
Modul 10 - Litar Tiga Fasa
Modul 11 - Sistem Nombor Dan Get-Get Logik
Modul 12 - Operasi Boolean Dan Logik Berjujukan
Modul 13 - Lukisan Geometri

Thursday, September 11, 2008

selamat berpuasa..

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Di bulan yang mulia ini banyakkan lah bersabar dan berbuat baik kepada semua. Tunaikan tanggungjawab sebagai muslim sejati.
Mudah-mudahan segala amalan kita diredhai olehNya..

Thursday, September 4, 2008

selamat datang ke belajar blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

selamat berpuasa...

moga blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua