Selamat menjadi warga teknik penuh dengan teknikal

Monday, October 13, 2008

Good Luck...


Kepada semua warga SMT Segamat ( 5 Elektrik ) dan SMT Datuk Seri Mohd Zin ( 5 Elektrik )
selamat menjalani amali SPM, try ur best n dont give up. Ingat lah segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang 2 tahun berada di teknik. Kami guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua.

Raya Datang Lagi....

SELAMAT HARI RAYA


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua kawan2, maaf zahir dan batin. makan kuih raya ingat2 lah orang disini....
jangan lupa duit raya....

Tuesday, September 23, 2008

PRAKTIKUM




















Ini lah antara aktiviti yang telah dibuat sepanjang 2 minggu praktikum, banyak lagi gambar2 aktiviti tapi cukup lah dulu setakat ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan SK (P) Durian Daun kerana menerima kehadiran kami juga kepada beberapa orang guru yang banyak memberikan kerjasama sepanjang sesi praktikum dijalankan. Terima kasih daun keladi....

Jumaat ( 12.09.08 )

Berada di makmal komputer untuk menyediakan bahan P&P pada hari selasa. Menyediakan bahan dalam powerpoint. Masuk ke bengkel kemahiran hidup untuk mencari bahan di buat projek kemahiran hidup.
Keadaan di bengkel kemahiran hidup agak berhabuk kerana sudah lama tidak digunakan. Guru yang bertanggungjawab sedang cuti sakit hampir 1 bulan. Guru yang menggantikan hanya lebih memfokuskan pengajaran teori.
Saya membuat projek litar siri untuk divideokan dan dimuatkan dalam powerpoint saya.

Monday, September 22, 2008

Khamis ( 11/09/08 )

Ulang tahun saya yang ke 27, masuk ke makmal komputer. Mencuba peralatan yang ada di makmal seperti komputer yang boleh digunakan, lcd projektor, printer, scanner. Hanya 8 biji daripada 20 komputer boleh digunakan.
Makmal komputer juga jarang digunakan oleh pelajar dan guru berdasarkan pada buku pengguna yang disediakan pada setiap komputer. Mengambil gambar sebagai bukti. membuat percubaan menggunakan lcd projektor tapi warna sangat menyakitkan mata agak kemerah-merahan, cuba untuk setting tapi tidak berjaya. Saya melaporkan kepada guru ICT untuk tindakan selanjutnya.

Rabu ( 10/9/08 )

Sesi perbincangan bersama guru matapelajaran kemahiran hidup tahun 4, saya akan ambil alih satu kelas pada hari selasa 16/9/08 sebagai hari penyeliaan. Mengumpul bahan berkaitan matapelajaraan KH seperti sukatan dan bahan .
Masuk ke perpustakaan untuk membuat rujukan dan mengumpul bahan berkaitan profil sekolah.